BENGKEL PENULISAN MANUSKRIP JABATAN PATOLOGI 2017

Jabatan Patologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) PPUKM telah mengadakan Bengkel Penulisan Manuskrip pada 8 Disember 2017 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, Jabatan Patologi, Tingkat 15, Blok Praklinikal, Pusat Perubatan UKM.

Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan aktiviti penulisan di kalangan kakitangan akademik dan pelajar siswazah Jabatan Patologi PPUKM khususnya dalam bidang penulisan manuskrip jurnal. Di samping itu, penganjuran bengkel ini juga diharap dapat membantu kakitangan akademik dan pelajar siswazah untuk menghasilkan manuskrip jurnal yang berkualiti dan berimpak tinggi, memberi pendedahan agar para peserta berkebolehan merangka, menulis, menyemak dan mengedit manuskrip sekaligus meningkatkan bilangan penerbitan manuskrip jurnal kakitangan Jabatan Patologi khususnya dan Fakulti Perubatan PPUKM secara amnya.

Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pelajar siswazah Jabatan Patologi telah menyertai bengkel tersebut. Jabatan Patologi turut menjemput Profesor Dr. Srijit Das sebagai fasilitator bagi menjayakan bengkel tersebut. Hasil daripada bengkel tersebut, sebanyak 17 manuskrip akhir telah berjaya dihasilkan dan sedia untuk diterbitkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta bengkel atas penghasilan manuskrip jurnal dan juga Jabatan Patologi PPUKM atas kejayaan penganjuran bengkel tersebut.

 

Oleh : Nur Maya Sabrina Tizen Laim

Foto : Muhamad Fakhri Mohd Saleh

GALERI