Jabatan Patologi Menganjurkan Seminar ‘Excellence In Her2 Testing In Breast Cancer Workshop 2017’ Dengan Kerjasama College Of Pathologists, Academy Of Medicine Of Malaysia (COP-AMM) Dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jabatan Patologi HCTM PPUKM telah menganjurkan Seminar ‘Excellence In Her2 Testing In Breast Cancer Workshop 2017’ pada 23 Oktober 2017 yang lalu bertempat di Bilik Seminar Jabatan Patologi, Tingkat 15, Blok Praklinikal PPUKM. Seminar tersebut telah dianjurkan hasil kerjasama dengan College of Pathologists, Academy of Medicine of Malaysia (COP-AMM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah, pakar patologi dan kakitangan teknikal makmal dari universiti awam dan swasta, hospital awam dan swasta serta pihak industri telah menghadiri seminar tersebut. Seminar tersebut bertujuan untuk memberi perkongsian ilmu pengetahuan dan pendedahan kepada aplikasi teknologi yang terkini yang dipraktikkan dalam pengujian Her2 dalam diagnosis penyakit kanser payudara di Malaysia.

Seminar tersebut turut mengundang penceramah yang berkepakaran iaitu Profesor Dr. Noraidah Masir, Pakar Perunding Histopatologi dari Jabatan Patologi PPUKM, Dr. Arni Talib dan Dr. Nik Hasimah Nik Yahya, kedua-duanya merupakan Pakar Perunding Histopatologi dari Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur. Semoga segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi oleh penceramah sepanjang seminar dapat memberi manfaat kepada para peserta seminar di masa akan datang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Jabatan Patologi, HCTM PPUKM atas kejayaan penganjuran seminar tersebut.

Oleh : Nur Maya Sabrina Tizen Laim

Foto : Muhamad Fakhri Mohd Saleh

GALERI