PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PRASISWAZAH PROGRAM SAINS BIOPERUBATAN FAKULTI SAINS KESIHATAN UKM KE MUZIUM PATOLOGI

Muzium Patologi, Jabatan Patologi HCTM PPUKM telah menerima lawatan daripada pelajar prasiswazah Program Sains Bioperubatan, Fakulti Sains Kesihatan UKM pada 6 Disember 2017 yang lalu. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada komponen dalam struktur program dan setiap pelajar adalah diwajibkan untuk mengikuti lawatan tersebut.

Lawatan sambil belajar selama 1 hari itu melibatkan seramai 30 orang pelajar program serta diiringi oleh seorang pegawai pengiring. Objektif lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bidang histologi iaitu bidang kajian tisu dan organ badan dalam diagnosis sesuatu penyakit.

Sepanjang lawatan berlangsung, para pelajar telah diberi sedikit taklimat tentang latarbelakang penubuhan muzium serta penerangan lebih lanjut tentang spesimen muzium yang dipamerkan. Program lawatan berakhir dengan sesi soal jawab dan ucapan penghargaan oleh wakil pelajar.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Jabatan Patologi HCTM PPUKM yang terlibat kerana telah membantu dalam menjayakan lawatan sambil belajar tersebut.

Oleh : Nur Maya Sabrina Tizen Laim

Foto : Muhamad Fakhri Mohd Saleh & Muhammad Ziqrill Mohd Zapri

GALERI