SEMINAR ‘BASIC THALASSEMIA SCREENING WORKSHOP 2017’

Jabatan Patologi HCTM PPUKM telah menganjurkan Seminar ‘Basic Thalassemia Screening Workshop’ pada 13 Disember 2017 yang lalu bertempat di Bilik Seminar Jabatan Patologi, Tingkat 15, Blok Praklinikal PPUKM. Seminar tersebut telah dianjurkan hasil kerjasama dengan Unit Molekular Genetik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), HCTM, PPUKM.

Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah, pakar patologi dan kakitangan teknikal makmal diagnostik telah menghadiri seminar tersebut. Seminar tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pengujian saringan dan interpretasi penyakit talasemia serta mengemaskini garis panduan dalam diagnosis penyakit talasemia di kalangan wanita mengandung. Selain itu, seminar tersebut juga memberikan ruang dan peluang dalam mengalakkan penyelidikan penyakit talasemia di Malaysia.

Seminar tersebut turut mengundang penceramah yang berkepakaran dalam bidang talasemia iaitu Profesor Madya Dr. Raja Zahratul Azma Raja Sabudin, Profesor Madya Dr. Hafiza Alauddin dan Dr. Azlin Ithnin. Semoga segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi oleh penceramah sepanjang seminar dapat memberi manfaat kepada para peserta seminar.

Syabas diucapkan kepada warga Jabatan Patologi, HCTM PPUKM atas kejayaan penganjuran seminar tersebut.

Oleh : Nur Maya Sabrina Tizen Laim

Foto : Muhamad Fakhri Mohd Saleh & Muhammad Ziqrill Mohd Zapri

GALERI