Seminar ‘Conventional And Geometric Morphometrics Analysis Of Bone In Forensic Anthropology Course 2017’

Jabatan Patologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) PPUKM telah menganjurkan Seminar ‘Conventional And Geometric Morphometrics Analysis Of Bone In Forensic Anthropology Course’ pada 13 dan 14 November 2017 yang lalu bertempat di Auditorium, Blok Pendidikan, Pusat Perubatan UKM. Seminar selama 2 hari tersebut telah dianjurkan hasil kerjasama dengan Unit Forensik, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), HCTM, PPUKM.

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah forensik, pakar patologi forensik dan pegawai sains forensik dari universiti awam dan swasta, hospital awam dan swasta, anggota ATM, PDRM serta pihak industri telah menghadiri seminar tersebut. Tujuan seminar tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu di antara pakar antropologi forensik dengan para peserta tentang perbandingan kaedah konvensional dan teknologi terbaru dalam prosedur pengenalpastian identiti mayat. Seminar tersebut juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan pakar-pakar forensik tentang pengaplikasian teknologi terbaru tersebut di setiap unit atau jabatan forensik di hospital dan institusi di seluruh negara.

Seminar tersebut juga turut mengundang beberapa penceramah yang berkepakaran dalam bidang antropologi forensik iaitu Profesor Madya Dr. Faridah Mohd Nor (PPUKM), Profesor Dr. Phrabhakaran N K Nambiar (Universiti MAHSA), Dr. Nurliza Abdullah (HKL), Dr. Mohamad Azaini Ibrahim (Hospital Serdang), Dr. Helmi Mohd Hadi Pritam (USM), Dr. Nor Atika Md Ashar (Fakulti Pergigian UKM) dan Puan Chong Sin Leng (HTAA).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Jabatan Patologi, HCTM PPUKM atas kejayaan penganjuran seminar tersebut.

Oleh : Nur Maya Sabrina Tizen Laim

Foto : Muhamad Fakhri Mohd Saleh & Muhammad Ziqrill Mohd Zapri

GALERI