Language

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

JABATAN PATOLOGI

PENGENALAN JABATAN PATOLOGI

 

Jabatan Patologi merupakan salah satu daripada jabatan-jabatan di Pusat Perubatan UKM yang telah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan.

 

Jabatan telah banyak menyumbang kepada sistem pengajaran bagi pengajian Prasiswazah Perubatan dan juga Prasiswazah Pergigian. Dalam pengajian Pascasiswazah, jabatan terlibat dalam Kursus Sarjana Patologi, Sarjana Sains Perubatan (Patologi) dan Doktor Falsafah (Patologi). Selain daripada itu, pengajian sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan juga ditawarkan dalam Kursus Diploma Teknologi Makmal Perubatan (DTMP).

 

Kepakaran di Jabatan Patologi merangkumi pelbagai disiplin dalam bidang patologi: Patologi Anatomik, Hematologi, Patologi Kimia, Patologi Forensik, Patologi Perinatal, Diagnostik Molekular dan juga Perkhidmatan Tabung Darah.

 

Sumbangan selain daripada pengajaran dan kepakaran klinikal dalam bidang patologi, jabatan juga proaktif dalam penyelidikan bagi setiap disiplin dan telah memperolehi jumlah geran penyelidikan yang tinggi. Geran-geran yang diperolehi oleh kakitangan akademik juga menampung ramai calon-calon Sarjana Sains Perubatan dan Doktor Falsafah di jabatan ini.

 

Gabungan antara kakitangan akademik dan kakitangan sokongan yang bermotivasi tinggi, inovatif, kreatif dan beretika berupaya memenuhi keperluan dalam menjayakan Universiti Penyelidikan yang terulung.