Language

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Jabatan Pediatrik

User comments

Pengenalan

Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) adalah cetusan idea YBhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Abd Rahman. Beliau merupakan penaung bagi program SDH Malaysia. SDH Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 18 September 2012.

Objektif

  • Memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan
  • Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang dirawat di hospital
  • Mewujudkan kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) dalam pendidikan
  • Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir di dalam pelajaran

Kelayakan Murid

  • Warganegara dalam peringkat persekolahan daripada pra-sekolah hingga menengah atas
  • Berdaftar di sekolah kerajaan.
  • Dijangka menerima rawatan di wad lebih daripada 3 hari dan rawatan berulang
  • Diperakukan oleh pegawai perubatan sebagai murid yang mempunyai kesediaan belajar.
  • Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga
  • Sebarang syarat lain sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat.

Lokasi Pembelajaran

  • Pemebelajaran berlaku di lokasi berikut:
    1. Kelas
    2. Katil (bed-side teaching) atau
    3. Taman/tempat yang bersesuaian

 

*Waktu Bekerja guru SDH: 9.00 pagi – 4.00 petang

*Cuti persekolahan adalah sama seperti persekolahan perdana