Pembekalan Ubat-ubatan Secara Percuma (Warga PPUKM)

Golongan yang boleh mendapatkan kemudahan ini:-

  1. Kakitangan UKM/PPUKM
  2. Pesara Wajib/ KWSP
  3. Tanggungan yang berdaftar

 

Dokumen yang diperlukan

  1. Preskripsi asal PPUKM yang sah  + 1 salinan
  2. Borang Perubatan 1/09 yang lengkap.
  3. Kad pengenalan pesakit / kad pesara

 

 Cara Memohon Perbelanjaan Kemudahan Perubatan

  1. Mengisi Borang Perubatan 1/09
  2. Doktor/ Pakar Perubatan mengisi untuk mengesahkan penyakit dan ubat di Bahagian IV
  3. Bawa GL / Salinan Kad Pesara & Bukti Bersara UKM ke Farmasi NF & Preskripsi PPUKM asal serta salinan
  4. Bekalan ubat maksima 3 bulan. Tidak termasuk supplemen, vitamin, barang konsignmen, dll
  5. Harga ubat hendaklah kurang dari RM 20,000 per preskripsi
  6. Jika lebih harga ubat melebihi rm20,000 pesakit perlu  mendapatkan pengesahan KKM melalui Bhg Governan, Jabatan Pendaftar UKM

 

Borang Perubatan 1/09 boleh didapati di:-

  1. Semua kaunter Farmasi
  2. Kaunter Khidmat Pelanggan PPUKM (lobi  pelawat)
  3. Laman web JPA Pencen: www.jpapencen.gov.my/borang

 

 Contoh Borang Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (B 1/09)

 

Pertanyaan

Kedai Farmasi NF , PPUKM: 03-9145 5398
Website : www.oratis.com.my
Portal Pesara : www.emass.com.my
Oratis Careline : 1-800 – 88 – 6627, —careline@oratis.com.my