Perkhidmatan Sosial Perubatan

Pengenalan

Perkhidmatan ini melalui kaedah rujukan daripada Pegawai Perubatan di klinik-klinik dan wad-wad, Jabatan Pemulihan Perubatan dan Unit Hasi l & Taksiran Jabatan Kewangan. Perkhidmatan yang diberikan meliputi penilaian psikososial/sosioekonomi, perundingan kemudahan komuniti, intervensi krisis, dan rujukan ke sumber komuniti bagi bantuan praktikal.

JENIS PERKHIDMATAN

1) Perkhidmatan penilaian psikosoial/sosioekonomi untuk tujuan :

  • Mengenalpasti dan membantu pesakit yang layak mendapatkan kemudahan sumber bantuan
  • Mengenalpasti kesesuaian/keperluan sokongan emosi dan memberikan bantuan apabila pesakit/keluarga memerlukan bantuan.
  • Penilaian sosioekonomi bagi kes-kes yang telah disaring awal oleh Unit Hasil dan Taksiran bagi pertimbangan pengurangan/pengecualian caj rawatan oleh pihak pengurusan.

2) Perkhidmatan bantuan praktikal dalam bentuk seperti :

  • Rujukan kepada pelbagai sumber bantuan bagi pembiayaan kos rawatan/peralatan/ubat-ubatan
  • Mengesan waris pesakit sebelum discaj hospital.
  • Membantu proses keluar/masuk penginapan Rumah Perantaraan Flat Sri Labuan dan Ronald Mc Donald House PPUKM.
  • Membantu mendapat perlindungan bagi berkaitan perundangan seperti kes keganasan rumah tangga.
  • Membantu mendapatkan penempatan bagi pesakit terdampar.
  • Membantu keperluan kecemasan pesakit semasa rawatan.
  • Rujukan kepada sumber bantuan bagi pesakit yang menghadapi masalah sarahidup atau kekurangan keperluan asas untuk hidup.

3) Perkhidmatan terapi sokongan emosi dan konsultasi :

  • Kes keganasan rumahtangga
  • Kes ibu tanpa nikah.
  • Kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.
  • Kes penyakit kronik yang bermasalah sosial.
  • Kes rogol/liwat
  • Kes-kes kurangupaya.
  • Kes-kes keperluan informasi sumber dalam komuniti. – www.sumberkomuniti.ppukm.ukm.my

4) Perkhidmatan Rumah Perantaraan

  • Menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pesakit dan pengiring pesakit yang datang dari luar Lembah Klang dan tiada saudara mara yang tinggal berhampiran PPUKM.
  • Menyediakan kemudahan penginapan bagi pesakit atau pengiring pesakit yang memerlukan rawatan jangkamasa panjang
  • Membantu pesakit atau pengiring yang tidak berkemampuan untuk menyewakan penginapan di sekitar PPUKM.
  • Menyediakan penginapan untuk pesakit yang memerlukan rawatan berterusan tetapi tidak perlu tinggal di dalam wad.

5) Tabung Kebajikan Pesakit

  • Membantu dan memastikan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dapat menerima rawatan dan pemulihan di Pusat Perubatan UKM.
  • Menyalurkan bantuan dan keperluan rawatan yang diperlukan oleh pesakit dalam kadar segera dengan tempoh kelulusan bantuan yang singkat.
  • Memastikan keperluan rawatan disalurkan kepada golongan pesakit yang layak dan memerlukan melalui penilaian yang terancang.
  • Maklumat lanjut sila ke halaman Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM

Pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan ini .sila hubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan ditalian 03-91455770  atau layari lamanweb rasmi Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUKM.

Anda mungkin berminat:-