Akses Percubaan Pangkalan Data Wiley Online Library & Cochrane Library

Dimaklumkan Perpustakaan HCTM PPUKM telah menyediakan akses percubaan pangkalan data Wiley Online Library (bagi koleksi Perubatan dan Kejururawatan sahaja) & Cochrane Library bermula 1 Oktober 2019 selama 30 hari. Tuan/ Puan adalah dipelawa untuk mengakses dan mengambil manfaat daripada akses percubaan ini. Untuk mengakses, sila layari portal perpustakaan http://lib.hukm.ukm.my dan klik e-Resources (Dalam Kampus).