Berita Aktiviti Hari Bersama Pelanggan & Pembudayaan Ilmu

Hari Bersama Pelanggan & Pembudayaan Ilmu Perpustakaan PPUKM dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat Kampus KL telah berlangsung dengan jayanya pada 25 September yang lepas. Pelbagai aktiviti menarik seperi Sesi Sembang Teh Tarik, kuiz Kahoot!, cabutan bertuah, permainan e-Sport PES2020, dan pelbagai lagi. Perpustakaan PPUKM juga turut membuka Reruai Perkhidmatan Perpustakaan antaranya Kaunter e-Rep, Kaunter Pendaftaran Portal dan mobile aplikasi uCentral dan juga perkhidmatan instalasi EndNote.

Reruai PTM pula turut menyediakan perkhidmatan Pendaftaran WiFi, permainan e-Sport, Sudut Baiki Komputer/Laptop dan pelbagai lagi. Terdapat juga reruai dari Perpustakaan Negara Malaysia yang mempromosikan keahlian u-Pustaka, Pameran Buku Augmented Reality (AR), Tutor A, dan banyak lagi. Pada hari tersebut juga terdapat reruai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menyediakan perkhidmatan semakan status akaun dan pengaktifan tabung pendidikan SSPN-i. Pembekal buku seperti Ibzanis dan Areesh serta pembekal pangkalan data Jaypee dan Karger turut mengambil bahagian membuka reruai pada Hari Bersama Pelanggan.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PPUKM yang turun padang bersama-sama memeriahkan Hari Bersama Pelanggan & Pembudayaan Ilmu 2019. Jumpa lagi pada tahun hadapan!