Perkhidmatan

1. Pinjaman

Kelayakan pinjaman berbeza mengikut kategori keahlian. Perkhidmatan pinjaman adalah berbeza berdasarkan status peminjam seperti di bawah:

kadar pinjaman

Bahan yang dipinjam boleh diperbaharui sehingga tiga kali jika tiada pengguna lain yang menempah bahan tersebut.

3. Kemudahan Internet

Semua komputer di dalam perpustakaan disediakan dengan kemudahan internet. Di samping itu, Perpustakaan juga mempunyai kemudahan WIFI.

4. Ruang membaca 24 jam

Ruang yang terletak di hadapan pintu masuk Perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan WIFI dan pengguna juga disediakan dengan ruang yang selesa untuk perbincangan berkumpulan.Water dispenser juga disediakan untuk kemudahan pelanggan.

5. Pencetak

Merupakan kemudahan yang disediakan untuk membantu pelanggan mencetak artikel, nota dan sebagainya dengan bayaran sebanyak 0.20 sen bagi setiap muka surat (kertas perpustakaan) dan 10 sen setiap muka surat bagi kertas sendir. Kemudahan fotokopi, cetakan, imbasan dan jilidan disediakan oleh syarikat luar yang dilantik oleh Universiti.

6. Bilik Tayangan

Dapat  memuatkan 40 orang pengguna.

7. Bilik Mesyuarat

Bilik Mesyuarat perpustakaan dibenarkan untuk tujuan perbincangan sekiranya tidak digunakan dengan syarat perlu ditempah terlebih dahulu.

8. Bilik Diskusi

Bilik Perbincangan disediakan untuk kemudahan pelanggan mengadakan perbincangan.

9. Lokar

Disediakan kepada pengguna dan dikenakan bayaran yang minima iaitu RM5 sebulan dan deposit sebanyak RM5. Sewaan Lokar menggunakan wang syiling juga disediakan dengan bayaran 50 sen setiap kali digunakan.

10. Pameran Buku Baharu

Buku-buku baru akan dipamerkan selama sebulan. Pengguna boleh terus membuat pinjaman bagi buku tersebut.

11. Pinjaman Antara Perpustakaan

Pinjaman buku dari perpustakaan lain di mana buku tersebut tiada dalam koleksi Perpustakaan UKM. Perkhidmatan ini adalah percuma.

12. Perkhidmatan Dalam Talian

Perpustakaan PPUKM juga menyediakan Perkhidmatan Permohonan Sistem Pembekalan Dokumen, Pinjaman Antara Perpustakaan, Cadangan buku baru dan pendaftaran secara dalam talian bagi memudahkan pelangganmemohondanmemperolehibahandanmaklumat yang diperlukan melalui Portal Perpustakaan PPUKM di alamat http://lib.hukm.ukm.my /