Dasar dan Polisi Jabatan

DASAR JABATAN

Pengenalan

Dasar Jabatan Perubatan ini dibentuk untuk menjelaskan kepada kakitangan dan pelanggan Pusat Perubatan UKM tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Perubatan. Polisi ini juga dibentuk untuk menjelaskan peranan yang dimainkan oleh semua individu samaada kakitangan atau pelanggan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan.

 

Objektif

Objektif polisi ini adalah untuk menentukan hala tuju, prosedur serta tanggungjawab yang dimainkan oleh semua individu dalam setiap perkhidmatan yang disediakan.

Tujuan

1) Memberi penekanan kepada kakitangan dan pelanggan tentang keperluan yang perlu dipatuhi dalam mendapat sesuatu perkhidmatan

2) Memastikan setiap kakitangan memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab mereka selaras dengan polisi, peraturan, arahan dan prosedur yang diwujudkan.

3) Memastikan setiap dokumen dan rekod kualiti yang terlibat dalam sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa dikemaskini.

 

FALSAFAH

1) Mengenalpasti dan menghormati hak-hak pesakit untuk menerima perkhidmatan yang sewajarnya untuk memperbaiki tahap kesihatan.

2) Memberikan perhidmatan perubatan yang berdasarkan bukti dan berorientasikan pesakit.

3) Mengadakan pendidikan perubatan berterusan melalui Pembelajaran Perubatan Berterusan dan memastikan kakitangan mengikuti latihan lanjutan bai melahirkan kakitangan yang cekap dalam melaksanakan tugas

4) Memastikan program pengajaran yang bersesuaian dengan para pelajar meliputi teori dan praktikal dalam melahirkan graduan yang ekap dan berkeyakinan.

5) Menjalankan aktiviti penyelidikan yang berterusan bagi mengenalpasti kaedah rawatan terkini yang dapat membantu memperbaiki kualiti kesihatan pesakit.