Visi, Misi & Matlamat

Visi

Jabatan Perubatan bertekad untuk tampil sebagai pusat kecemerlangan yang dihormati dalam perkhidmatan klinikal serta unggul dalam pendidikan akademik dan penyelidikan perubatan.

Misi

Memberi perkhidmatan klinikal berkualiti, cekap, tepat dan selamat kepada pesakit berteraskan pakar perubatan yang berpengalaman dan kakitangan yang berkemahiran di samping kemudahan perubatan teknologi terkini.

Matlamat

  • Mengenalpasti dan menghormati hak-hak pesakit untuk menerima rawatan yang sewajarnya bagi memperbaiki tahap kesihatan.
  • Memberikan kemudahan perubatan yang berdasarkan bukti dan berorientasikan pasakit.
  • Mengadakan pendidikan perubatan berterusan melalui Pembelajaran Perubatan Berterusan dan memastikan kakitangan mengikuti latihan lanjutan bagi melahirkan kakitangan yang cekap dalam melaksanakan tugas.
  • Memastikan program pengajaran yang bersesuaian kepada para pelajar meliputi teori dan praktikal dalam melahirkan graduan yang cekap dan berkeyakinan.
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan perubatan yang berterusan bagi mengenalpasti kaedah perawatan terkini yang dapat membantu memperbaiki kualiti kesihatan pesakit.