INFORMASI

Jabatan Radioterapi telah mendapat 2 petak tempat letak kereta untuk pesakit-pesakit yag menjalani Rawatan Harian Radioterapi

Pesakit yang mendapat kemudahan tempat letak kereta ini dipilih berdasarkan keadaan pesakit itu sendiri, keutamaan diberikan kepada pesakit yang berkerusi roda dan warga emas.

Pesakit perlu mematuhi kriteria dan mematuhi arahan sepanjang penggunaan kemudahan tempat letak kereta ini.

Berikut adalah contoh salah satu kad parking yang akan diberikan kepada pesakit yang mendapat kemudahan tempat letak kereta khas radioterapi yang hanya boleh digunakan dalam tempoh rawatan Radioterapi sahaja.