2nd IAEA/RCA National Training Course for Thoracic IMRT (RAS 6072).

 

Jabatan Radioterapi dan Onkologi PPUKM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)  dan juga Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) telah mengadakan satu bengkel 2nd IAIEA/RCA National Training Course for Thoracis IMRT (RAS 6072) pada 8 dan 9 September 2017 di Hospital Canselor Tunku Mukhriz PPUKM.

Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini telah mendapat 200 penyertaan dari hospital kerajaan dan hospital swasta seluruh Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan Oleh Prof. Dr Zaleha  Mahadi, Dekan Fakulti Perubatan UKM. Ia merupakan salah satu projek IAEA Kebangsaan di bawah koordinator Dr Gerald Lim Chin Chye dari Institut Kanser Negara, dan bengkel ini telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Radioterapi Onkologi PPUKM iaitu Prof.Dato Dr.Fuad Ismail.

 

Antara tajuk yang dibentangkan di dalam bengkel ini ialah membincangkan tentang Radiobiologi, perancangan pelan rawatan, verifikasi rawatan, Quality Assurance dan teknologi terkini di dalam rawatan IMRT bahagian Torasik. Penyertaan ini disasarkan kepada Pakar Onkologi, Pegawai Sains Fizik dan juga Juru X-ray Terapi dalam mempertingkatkan ilmu berkaitan rawatan Radioterapi iaitu Intensity Modulator Radiotherapy (IMRT).Terdapat  12 orang penceramah jemputan yang terdiri daripada Pakar dari Malaysia dan Singapura yang sama-sama berkongsi ilmu mengenai bidang perawatan Radioterapi.

 

Sesi praktikal “Hands On” juga diadakan kepada para peserta untuk memberikan peluang mengukuhkan lagi kefahaman terhadap rawatan IMRT bahagian torasik. Penganjur juga telah bekerjasama dengan Syarikat Siemens Malaysia untuk menyediakan komputer khas di Makmal Terabbyte dan Makmal Casemix  kepada 70 orang Pakar Onkologi dan Pegawai Sains Fizik untuk sesi “Lung Contouring and Planning”.

Manakala Seramai 40 orang Juru X-ray Terapi mengikuti sesi Praktikal “Patient Setup and Immobilization” di Bilik Ct-Simulator dan Bilik Linac Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi dan Onkologi.(UPRR)

Seminar yang sangat bermanfaat dan berimpak tinggi ini diharap dapat dijadikan sebagai satu agenda tahunan yang berterusan bagi meningkatkan tahap kualiti rawatan seiring dengan peningkatan pesat teknologi baru dalam perawatan kanser. Dengan harapan Malaysia khususnya PPUKM menjadi salah sebuah institusi yang mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kanser setanding  dengan negara-negara maju yang lain.