WAD ONKOLOGI

Sejak penubuhannya MAKNA, dengan kerjasama PPUKM, Institut Kanser MAKNA – Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (IKM-PPUKM) telah dimulakan. Ia terletak di dalam kawasan PPUKM di Cheras, Kuala Lumpur.

IKM-PPUKM adalah tempat yang memberi harapan untuk mangsa kanser. Institut kanser telah dimulakan pada 19 April 1999. IKM-PPUKM bercita-cita untuk menjadi salah satu pusat yang paling berkesan merawat kanser di rantau ini.


IKM-PPUKM terdiri daripada Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan, Radioterapi Sub Basement dan Unit Pemindahan sumsum tulang yang merupakan salah satu yang terbesar di negara ini. IKM-PPUKM sahaja merawat pesakit yang dirujuk oleh doktor-doktor kerajaan atau klinik swasta. Mereka yang ingin mendapatkan rawatan di sini terbahagi kepada dua kategori. Kumpulan pertama adalah mereka yang tidak berkemampuan dan tidak perlu membayar kos rawatan. Ku
mpulan kedua adalah terdiri daripada mereka yang mampu untuk membayar kos rawatan.