Tanggungjawab Pesakit Dalam

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Pusat Perubatan UKM (PPUKM) mengalu-alukan kehadiran semua. Perkhidmatan yang terbaik berdasarkan keperluan pesakit dan kepakaran yang tersedia adalah merupakan aspirasi kami. Pihak kami mengharapkan kerjasama semua pesakit untuk membantu kami dalam memenuhi keperluan perkhidmatan. Pastikan tanggungjawab bersama seperti dinyatakan di bawah adalah diikuti untuk mengoptimumkan perkhidmatan kami kepada anda.

 

  1. Memberi dan memastikan maklumat yang tepat, betul, relevan dan terkini pada setiap masa mengenai maklumat peribadi, keperluan perubatan, sejarah kesihatan, maklumat perawatan, ubat-ubatan yang diambil dan digunakan dan hal-hal berkaitan kesihatan bertujuan untuk diagnostik, perawatan, pemulihan/rehabilitasi dan tujuan kaunseling/nasihat.
  1. Menjaga, melindungi dan menggunakan kemudahan, persekitaran dan sistem perkhidmatan yang disediakan dengan baik tanpa menyalahguna atau merosakkan.
  1. Mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan.
  1. Mematuhi polisi dan peraturan hospital.
  1. Mematuhi perancangan perawatan/prosedur rehabilitasi/pemulihan/nasihat/kaunseling.
  1. Mendapatkan maklumat mengenai kos yang berkaitan perawatan dan menguruskan pembayaran.
  1. Bertanggungjawab terhadap sebarang/semua maklumat/rekod perawatan yang berada dalam tanggungjawab/simpanan/kepunyaan masing-masing.
  1. Mengikuti semua perancangan perawatan yang telah disyorkan oleh pakar/kakitangan yang bertanggungjawab di atas jagarawatan pesakit.
  1. Bertanggungjawab terhadap kesan penolakan perawatan/nasihat atau sekiranya tidak mengikuti arahan/nasihat/pemakluman oleh kakitangan yang bertanggungjawab terhadap perawatan pesakit.
  1. Memastikan bil perawatan/apa-apa caj yang dikenakan dijelaskan dalam tempoh yang telah ditetapkan berdasarkan kepada peraturan dan polisi hospital.
  1. Bertimbang rasa terhadap hak-hak dan keselesaan pesakit lain dan kakitangan hospital.
  1. Mendapatkan maklumat yang sepatutnya, dan sekiranya mempunyai pertanyaan, bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab.
  1. Memastikan syarat-syarat keizinan perawatan dan pembedahan difahami apabila dipersetujui.
  1. Memastikan kehadiran pesakit yang kurang upaya/warga emas ke hospital adalah ditemani oleh penjaga yang berupaya untuk menguruskan keperluan pesakit seperti boleh memberikan maklumat dan dapat memastikan kesinambungan penjagaan perawatan seperti yang disyorkan/dirancang.
  1. Bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan harta benda persendirian sepanjang berada di premis HCTM PPUKM.
  1. Mengetahui dan mematuhi peraturan dan tindakan keselamatan dan kecemasan di dalam premis.
  1. Menghormati kakitangan yang menjalankan tugas dan wajib menghindari sebarang bentuk gangguan sama ada melibatkan gangguan fizikal, mental, seksual dan lain-lain.
  1. Tidak membawa sebarang peralatan merbahaya dan barang-barang yang menyalahi undang-undang ke dalam premis.
  1. Tidak membawa sebarang makanan/minuman yang TIDAK HALAL ke premis HCTM PPUKM.
  1. Tidak melakukan sebarang aktiviti meminta bantuan kewangan daripada pesakit lain/kakitangan. Semua permohonan bantuan kewangan pesakit mestilah melalui proses dan prosedur yang ditetapkan oleh HCTM PPUKM.
  1. Mematuhi larangan penggunaan kamera / telefon bimbit bagi tujuan mengambil gambar / video / audio tanpa kebenaran bertulis daripada pesakit dan larangan mengambil gambar / video / audio dalam wad / klinik atau mana-mana kawasan dalam Kompleks HCTM PPUKM atas apa-apa tujuan.