Ward Admissions

Urusan Kemasukan Ke Wad

Pesakit yang yang dimasukkan ke wad-wad adalah melalui Jabatan Perubatan Kecemasan HCTM dan pesakit daripada Klinik-Klinik Pakar HCTM.

Pesakit perlu membawa kad pengenalan untuk memudahkan proses pendaftaran. Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama waris dan sebagainya. Kemudian, pesakit perlu ke kaunter pembayaran untuk menjelaskan sebarang pembayaran/deposit.

Dokumen / Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian

  1. Kad Temujanji Pesakit
  2. Slip kemasukan wad
  3. Buku Kehamilan (Bagi pesakit wad O&G – hamil)
  4. Kad Alergi (Sekiranya pesakit mempunyai alahan). Sekiranya tiada kad / dokumen alahan, pesakit atau waris diminta memaklumkan kepada pihak Kecemasan / Wad (Jururawat / Doktor / Pegawai Farmasi bertugas) berkenaan alahan / alergi)
  5. Ubatan yang sedang / telah diambil
  6. Surat Jaminan / Pengesahan tanggungan kemudahan perubatan

Keperluan Asas Semasa Kemasukan Pesakit Ke Wad

  1. Tuala
  2. Kegunaan peribadi (sabun, bedak, syampoo, berus dan ubat gigi, tuala wanita / dewasa)
  3. Kelengkapan makan & minum (cawan, pinggan, sudu)
  4. Bekas Air (Panas & sejuk)
  5. Sepasang pakaian / selipar
  6. Kelengkapan solat

Penggunaan Alatan Di Bawah Adalah Dilarang (disemua wad rawatan intensif)

  1. Telefon Bimbit
  2. Laptop
  3. Bunga

Penggunaan alatan yang tidak digalakkan

  1. Peralatan Elektrik (TV, radio, “charger” telefon bimbit)

Pesakit Tidak Dibenarkan

  1. Keluar dari wad tanpa kebenaran Jururawat yang bertugas.
  2. Membawa makanan dari luar kecuali dengan kebenaran
  3. Membawa keluar pakaian pesakit dan peralatan milik HCTM UKM
  4. Membawa wang dalam jumlah yang banyak serta jangan memakai barang kemas semasa berada di dalam wad.
  5. Kakitangan HCTM tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan
  6. Mengambil gambar atau rakaman video

Pas Pelawat

  1. Hanya pesakit yang TENAT sahaja akan diberikan PAS PELAWAT oleh Ketua Jururawat atau pun Pengurus Kawasan.
  2. Hanya penjaga perempuan sahaja dibenarkan menjaga pesakit perempuan. Pas menjaga hendaklah disematkan pada baju sepanjang berada di dalam wad.